Pages

Wednesday, August 24, 2011

MeNu HaTi.


Moral of the story..
Sering berlaku kita ingin orang lain “terkena” setelah kita terkena.  Pada hal kita seharusnya “memindahkan” pengalaman pahit yang kita alami sebagai peringatan untuk orang lain, agar tidak terjebak sama.
Menu Hati : Kulit Pisang.
Seorang lelaki separuh umur kelihatan sedang tertawa seorang diri sambil memandang kulit pisang yang terbuang di tengah jalan.  Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.  Dan kemudian tertawa lagi.  Begitulah, kelihatannya berulang-ulang kali.
Perbuatannya diperhatikan oleh seorang remaja dari jauh.  Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku, dia bertanya: “Pak Cik, kenapa Pak Cik ketawa?”
“Pak Cik ketawa tengok kulit pisang tu nak…..” “Apa yang pelik dengan kulit pisang tu?”.  Pak Cik itu terus ketawa dan berkata: “Begini.  Sejak tadi Pak Cik perhatikan telah lima orang jatuh tergelincir kerana terpijakkan kulit pisang itu.  Tapi tiada seorang pun yang mengutip dan membuangkannya ke tepi, agar orang lain tidak tergelincir lagi.”  Remaja itu turut sama-sama ketawa.  Namun tidak lama kemudian dia bangun dan mengutip kulit pisang yang dimaksudkan dan membuangnya dari tengah jalan itu.  “Eh….nak, kenapa kamu buang?”  “Saya tidak mahu terus ketawa melihat orang lain jatuh!” jawab remaja itu.
Kali ini Pak Cik itu pula termenung.  Ketawanya hilang tiba-tiba...

Renung-renungkanlah n selamat beramal..



Tuesday, August 23, 2011

Housemate Induksi PD


Member serumah masa induksi di The Regency Hotel. Alhamdulillah duduk serumah dengan kawan2 yang sempoi n sekepala.. Kawan yang begitu sporting walaupun baru ja kenal.
Hehehe.. hobi yang sama antara kami semua adalah.. jeng2.. ceteka.. ceteka.. apa agaknya hobi tu ya..
salah... hahaha.

Hobi kami adalah bergambar.. kat mana2 pegi pun mesti berposing.. wajib ler .. nak buat kenangan.
Ingat senang nak dok dalam hotel tu.. hehehe...



A10-2 ... last snap masa nk check out. xbleh nk upload gambar banyak2.. sikit2 udah ler..

Kak Zu, Wan , Dila , Kak Su, Yan , Mai & Ina.
 Miss you all sokmo2... muahhhh...

Sunday, August 21, 2011

Mana Mak!

Tadi pagi dapat email dari kak normi.. dia antar citer pendek ni.. sedih gila citer ni.. sob2..
Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil.


Kisah “Mana Mak??”

Jam 6.30 petang.  
Mak  berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, "Along mana?'
Mak jawab, "Ada di dapur tolong siapkan makan."
Ayah tanya Mak lagi," Angah mana?"
Mak jawab, "Angah mandi, baru balik main bola."
Ayah tanya Mak, "Ateh mana?"
Mak jawab, "Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?"
Ayah tanya lagi, "Adik dah balik?"
Mak jawab, "Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik."
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

(Dua puluh tahun kemudian)
Jam 6.30 petang
Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.
Ayah tanya Along, "Mana Mak?"
Along sedang membelek-belek baju barunya.  Along jawab, "Tak tahu."
Ayah tanya Angah, "Mana Mak?"
Angah  menonton tv.  Angah jawab, "Mana Angah tahu."
Ayah tanya Ateh, "Mana Mak?"
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh  yang  asyik membaca majalah.  
 Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"  Ateh  menjawab, "Entah." 
 Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.
Ayah tanya Alang, "Mana Mak?"
Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.
Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.
Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"
Tiba-tiba adik bungsu bersuara, "Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!"
Tersentap hati Ayah mendengar  kata-kata Adik. 
Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.
Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nomor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah.  Mak  resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak  mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.
Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"   
Semakin anak-anak  Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak . Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.
Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan  memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan  bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.  

Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak  lakukannya.

Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.
Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi. 
Mak letakkan  bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus  kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda  faham. 

Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak  sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."

Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.
 Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.
 Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur.  Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi. 
 Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan. 
 Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira  dan  berlari mendakapnya seperti dulu. 
 Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan  setiap malam.
Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak  masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak. 
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak  berangkat." 
 Mak  minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan  balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta.  Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak. 
 Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak  ingat kata-kata ayah, "Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun.  Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa  menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang  merasa anak-anak   mengangkat kita kat bahu mereka." Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak. 
 Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan. 
 Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.

(Beberapa tahun kemudian)
Mak Uda tanya  Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, "Mana mak?".
Hanya Adik yang jawab, "Mak dah tak ada." 
Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit. 
 Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi. 
 Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak.  Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa  Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.
 Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.  
 Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak.. 
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.
Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?".  Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.
Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini  tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "
 Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."
"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh.. 
 Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"    
 Ayah  tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?"  masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia. 

- Tamat -

Friday, August 19, 2011

Zaman Aku Keje Kilang Dulu..

Erm... malam ni rajin pulak aku dok ngadap my lappy ni.. saja jer nk upload apa2 yg best dlm blog yg xbrapa nk cun nih.. muahaha...

Entry kali ni.. aku nak story about my sweet memories ngn kawan2 time keje di kilang Flextronics Perai dulu.
Aku keje kilang ni lama about 11 years. Lama kan.. Mana x nya.. Dari zaman anak dara sampai dh jd mak2 kat ctu la aku cri rezeki .. malaih nak tukar2 keje bagai.. lgpun sayang nak tinggai kawan2 time tu.. hehehe. Masa keje kilang ni ingat nak keje kejap jer.. yola .. tgh dok nunggu result spm.. tup2 bila dh pegang duit sendiri.. terus impian nak sambung belajar tu terkubur.. huhuhu.. Rugi pulak bila x continue study. sedihnya.... sob2..
Tapi hehehe... mgkin ada hikmahnya jugak.. kat sini jugala aku kenal dengan my hubby. Hubby aku dulu tech dkt sini.. diala yang training aku.. last2 .. boleh plk dk feeling2... ngeh2.. alhamdulillah terus ke jinjang pelamin. Mungkin jodoh aku kat kilang ni.. pasai tula aku x teringin nak cntinue my study walaupun sblum tu aku siap2 planning klu xdpt sbrg tawaran.. aku nk smbg ke form 6.. huhuhu.. dulu la kan..

Mcm2 department aku dah rasa.. From Printer ke Dadh pastu smbg ke Olivetti n last sekali stay di OCE Department. Dari operator aku naik ke floater pastu jadi material handler n last sekali jawatan aku sbgai leader material.. Mencabar beb keje dengan invontary nih.. Part reject la.. Hilangla.. Month ends closing lagi.. Cycle count bagai nak rak.. nak control my anak2 buah yg nakal2... Adus.. poning cek.. Sampai ada trajedi banjir beramai2 lagi.. sedih beb.. ingat senang nk control material yang ribu riban tuh.. erm.. Tapi tu semua pengalaman aku di Flextronics. Sweet memories aku ... Aku nih jenis yg senang emosional.. tgk dk taip entry ni boleh plk dk sedih2 sob.. sob...

Rindu ngan kawan2 yg sempoi n gila2 .. Eija, Kak Zue, Sha, Mak Et, Azida n all my friends at Flextronics Perai.. x lupa my boss Sook Han n also my hensem supervisor Mike Quah..Miss U guys..
Sokmo2 tau.. huhu..


Nih gambo aku ngn anak buah aku.. Eija n Sanggita. Lani Eija dah take over cek pya tempat..
Chaiyok2 Eija..


Muahahaha.. Berposing atas stacker kuning nih.. Kalau big boss tgk naya nih.. Mau kena warning letter ni.. adehla... saja nak buat kenangan dgn stacker yg selalu aku bawak jalan2 satu OCE ni dok angkut PIM Frame. Aku pandai bawak benda alah ni tau.. hehehe..


Gambar kenangan dengan anak2 buah.. Geng Material Handler.. Ni baru separuh.. Yang lain2 x sempat tgkap sebab diaorang shift malam..

Saturday, August 6, 2011

first day nak berblogging... poyo betoi.. hahahaha

Assalamualaikum...

Dari title aku nmpak sangatla bertapa poyonya aku nak join bloging ni.. hehehe
Terpengaruh dengan my sister Chenta Hati Paah.. Asyik dok tayang2 blog dia tu.. jeles pun ada gak.. 
tgk blog dia cantik2.. sekali teringin daa... hehehe
Selalunya aku ni just silent blog jer... asyik terjah menerjah blog org.. Suka dengan gaya penulisan diorang tu. Macam 2 citer ada. Aku suka kalau bab2 nak menerjah ni.. hehehe.. Mcm Karam Singh Walia la plk.. hehe.. Kadang2 terfikir .. confius pun ada.. camna la banyak betoi idea diorang nak cantikkan blog.. pastu story macam2 bagai. hehehe.. chaiyok2..  Kalau aku.. erm.. ntahla.. klu rajin aku hapdetla blog ni.. kalau malaih.. hehehe.. sendiri mau ingat aaa...
ok.. now lets go... hahaha...