Pages

Sunday, February 21, 2016

22/02/2016


Assalamualaikum kawan-kawan.
 Mulakan hari anda dengan senyuman. Insyaallah moga beroleh keberkatan dunia dan akhirat. amin

Lama dah x berblog.. x pandai nak roset2 kot mana mulanya. Sedih memang sedih.. Hari ni baru nak jenguk my bloq yang bersawang bagai. Terbengkalai lama sangat. :(

Nak story mory pasal hari ni.. Actually hari ni ada Kursus Asas Pembangunan & Penulisan Blog kat tempat kerja ni. Alang2 dah terjebak.. I update la balik my blog yg diabaikan selama ni. Memang sedih.. fefelling nak nangis betapa aku rindu dengan my blog... sob2..

Entry nak menulis memang dah x ada semenjak dah tua kertu ni.. malas ya amat.. x mengapala bila senang kita tulis yuk... :) Masalahnya banyak benda yg dah lupa... mana nak post.. mana nak ke template.. totally out.. Xpa,,, berbekalkan tenaga pengajar yang ramai & power2 ni kita refresh balik k.

Last update blog ni rasanya 3-4 tahun yg lepas... fuh..... lama giler. kalau nak tulis rentetan selama 3-4 tahun ni memang banyak sgt... Memang banyak... Betapa aku rindu pada kenangan.

Ok... nak try post jap.. Nak tengok jadi rupa apa... hahahahaha...

Tuesday, July 2, 2013

:)

Assalamualaikum...

Ahlan wasahlan kwn2.. 
Adoyai.. lama benor x jenguk belog nih... dah berhabuk bersawang bagai.. 
kesian my belog...diabaikan .
sibuk katakan.. kikiki
Tadi masa mula2 nak tulis post pun dah tak tau kat mana mulanya...huhu..
xpa.. kan ker banyak tutorial kat blog2 lain. nanti nak terjah.. 
nak refresh balik my brain. Insyaallah..

nak post yang ni dulu... jumpa lagi... :)


Tuesday, November 1, 2011

Today Is My Birthday


Tadaaaa.....

 2.11.2011
Happy Birthday To Me.. Happy Birthday To Me.. Happy Birthday To Mama Syaza Danish
HAPPY BIRTHDAY TO ME..
Ngeh..ngeh... Hari ni genap umurku 31 Tahun.
Adeh.. dah tua rupanya aku ni.. huhuhu.. tapi rasa macam muda lagi kan..
hehehehe...

Firstly nak ucap terima kasih Allah kerana memberi peluang untuk aku mengecapi nikmat hidup
di dumia ni .. diberikan kesihatan yang baik ..
Alhamdulillah ... Syukur Ya Allah..

Nak ucap Terima kasih juga kat family yang menjaga dan membesarkan saya.
Pada mak yang melayan karenah aku yg x tentu hala ni.
Terima kasih juga kat ayah yang menjaga pakai minum sampai dah jadi mama orang ni.

And Yang paling penting dekat My Hubby la...
Thanks.. kerana jadi suami Yanie yang baik.. memahami dan sporting.
Alhamdulillah.. Moga Jodoh ni berkekalan . Amin..
Tahun ni x der hadiah ker bang??.... ngeh2..

Pada Syaza Dan Danish.. Thanks kerana menjadi anak-anak mama yang baik dan
comel macam mama..
hehehehe...

Pada kawan-kawan .. thanks banyak2 sebab wish my Birthday..
Hope May Allah Bless All of Us.
AMIN..

Friday, October 21, 2011

Taja, Danish n new friend

Tadaaaa..... kali ni nak buat entry yang memang dah berlapuk... cuma tak berdebu ja...
Memang citer ni ala-ala citer basi... kikiki...

Ari tu join Geng-geng pensyarah buat program dekat Taman Belia. Lain kali kalau ada program ... nak ikut lagi boleh... hehehe.. Progam Explorace student... Macam cari harta karun tu tapi kali ni best.. diorang cari benda yang bersangkut paut dengan matematik.. Walaupun aku dengan kak ida bukan pensyarah tapi kami boleh join jugak.. siap boleh bawa anak-anak sekali... hehehe...
Anak-anak aku pun sibuk ja... nak naik bas poli.. nak naik bas poli... jakun ya amat... hehehe 

Tapi sayang... xsempat nak snap gambar-gambar student tu... yala... nama pun bawa anak-anak.. macam biasala ... x terkawal... hehehe.. Kalau ambil pun sikit jer... huhuhu

Memang best tempat ni... masa balik tu beria-ria bagai berjanji dengan anak-anak nanti kita datang sini lagi... Lagi sekali berjanji palsu dengan anak-anak... Kesian Taja Danish.. Diaorang x puas mandi kat kolam tu yang benornya.. Takpa... nanti kita pegi dengan Ayah ya.. Insyaallah...

K.la... layanzzz gambar Taja Danish & kawan baru Nafis anak K.ida.



Taja Danish n Nafis tunggang Dinasour..
Takutnyer.... hehehe



Superman... Peace Yo....



Bestnya mandi...

Ok... Caucincau dulu...


Happy Birthday Taja..

Nur Amirah Syaza Binti Azman
Selamat Ulang Tahun Yang Ke -7
Semoga Panjang Umur
Sihat tubuh badan
Rajin-Rajin belajar
Jadi Anak yang solehah dan kakak yang baik untuk Danish
Diredhai Allah selalu..
Amin..

Mama Cayang Taja
Anak Pompuan Mama yg memang manja...


Kek ni pun beli yang kecil ja... Sambut kami anak beranak jer.. Expresss... hahaha
 Hajat hati tu nak sambut kat umah maktok di kampung... 
Taja yang request nak buat kat umah maktok dia Lagipun kawan-kawan Taja ramai kat sana tambah
 dengan sepupu sepapat mama dia yang memang ramai tu... hehehe
Bolehla kalau nak kumpul hadiah tu... muahahaha...
Makngah, Maknjang, Makcik, Makcu ... Taja kata jangan lupa Bantal Angry Bird ya...
Nak yang besau punya...  
Nanti kita celebrate birthday Taja ya..

SELAMAT HARI LAHIR
MAY ALLAH BLESS U ALWAYS
AMIN

Dapat ni... Thank u..

Assalamualaikum ... Hai semua... sihat ker?... Lama dah x update blog yang tak seberapa ni.. Sibuk ??? Buat2 sibuk benornya... hehehe.. Biasala... rutin seharian seorang ibu memang memenatkan....
 adoi... hehehe

Kali ni nak update tentang pemberian dari seseorang ni... Alkisahnya.. lama dah dia bagi kat aku ni.. masa bulan puasa ari tu.. lamakan... Baru ari ni aku dok belek2 pemberian ikhlas ni..
Nak tau ker... pemberian seseorang tu... ceteka... ceteka... ngeh2..

tadaaa....



Tafsir AlQuran Perkata

Alhamdulillah...Thanks banyak2 ya ... sudi bagi dekat Yani...
 Insyaallah .. semoga Puan beroleh kerahmatan dari Allah hendakNya. Amin..
Syukron Jazilan..





Thursday, October 6, 2011

JANGAN Hidupkan Penghawa Dingin Sebaik Menaiki Kereta!:

Nak share kat sini.. Tadi terbaca dekat FB my friend.. Tak sangka nak naik kereta.. nak sejukkan badan.. buka aircond kuat2 ... rupanya mengundang bahaya juga yer... Rasanya aku pun salah seorang yang buat peel macam ni.. Isk2.. takut aku.. Ingatkan kalau time panas2 tu .. tetiba jer on aircond.. tingkap boleh pecah.. rupanya.. lagi power..  adeh... meh kita kongsi bersama ya...
To all drivers, its an important issues here.

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan penghawa dingin. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen – ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkab kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika difikir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini daripada berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila sudah memasuki tubuh kita…

Ok... Jangan buat lagi camni yer... Untuk saya juga... Nak ingatkan diri sendiri... Insyaallah...