Pages

Tuesday, September 27, 2011

Jom Tambah Follower By Lulu Caldina.



Tak pernah sekali pun join mana-mana contest kawan2 blogger ni..
Sekali macam teringin da.. hehehe...
First time nih.. hehehe
Kali ni nak try dengan segmen anjuran rakan blogger ni
terus aje try2 buat entry untuk join... muahaha..
Sekadar mencuba x salahkan..

Syaratnya x sesusah mana..
Simple jer..
Cer.. terjah segmen blog ni & untuk keterangan lebih lanjut.
Sila Klik
tarikh tutup segmen : JUMAAT nih, 3PM

Monday, September 26, 2011

Linda.... Thanks...

Assalamualaikummm...


Selamat malam semua.. Dah makan ker?..  Diet???.. Ala.. x payah dietla.. bedal jer.. ngeh2.. Tengok macam Linda ... jeng.. jeng.. how are u??... muahahaha...  Jangan mare..


Tenkiu Linda... Banyak tolong kak yanie.. Syukron... Syukron...
Ari ni saja ... linda dah tolong k.yanie banyak sangat.. Meh nak list sikit.. Kekkeke


  • Pagi2 tadi Linda dah siapkan jiran k.yanie pya hantaran. 2 bekas lagi.. Cantik Linda... Nanti boleh promote kat kawan2 yg lain...  Tp kali ni mesti ada bayaran kan.. kan... Kalau dekat geng2 ja yang free of charge.. Hahahaha..


  • Pastu Linda tolong k.yanie create something kat blog k.yanie nih.. Makaseh cikgu.. Jasamu dikenang. Hehehehe.. Siap copy sebijik-sebijik blog linda la... nampak benor menirunya.. Adoyai.....  Poyo betoi.. Ada k.yanie kisah.. Hahahahaa.. Janji Blog k.yanie dah cantik.. ngeh2..


  • Time nak balik pulak.. menyusahkan Linda sekali lagi... Kesian Linda... Baru ja nak sembahyang.. mengacau betul k.yanie ni kan.. . Minta tolong ambilkan Danis kat Tadika... dengan hujan yang mencurah2... lebat gila... Nak tunggu ayah Danish ambil.. uwawawa... terlajak tido la plk... adeh..


Tengok Linda... siap ada dalam k.yanie pya entry nih... hehehe.. Apapun Linda memang terbaek... Syukron jazilan... Lain kali tolong lagi yer... ngeh2... Nak tau lebih lanjut mengenai Linda ... Meh klik kat sini

Thursday, September 22, 2011

Boring... Boring... Huhuhu.. :(



Boringnya aku malam nih.. Boring.. Boring tahap gaban.. cipan.. cipanzi... semua ado..
 hampeh..

  • Nak tgk tv... Adoyai.. x menarik minat aku nak tercongok depan tv tu semata-mata nak tengok citer yg ntah apa2.. Channel malam ni x best pun.. Rugi ja tiap bulan2 aku bayar tayangan hebat Astro Tak hebat tang mana pun.. menyampah.. dush.. dush...  x pun asyik .. ulang.. ulang.. dan lagi... lagi...


  • Nak layan novel... huhuhu.... sedih... xdak novel baru nak layan .. Nak baca online.. adoyai.. sakit mata den nih.. berpinau-pinau... Nak termuntah ja den raso eh.. Lagipun semua novel yang best2 ada kat umah mak.. jauh benor nak gagau amik malam2 buta nih... eiii... x suka...


  • Anakanda aku malam ni awal pula diorang masuk tido.. lotih agaknya.. Yang Kakak.. lepas sekolah ada kem Bestari Solat sampai petang.. Balik kerja tengok dia dah siap mandi & terus panjat katil... zzzzz... tido.. Si adik pula malam ni sama ja join kakak dia tu.. menyempil disebelah kakak..Sunyi bila anak2 dah tido.. huhuhu.. Kalau x.. maunya mulut ni macam bertih jagung.. dok pot.. pet.. pot.. pet.. berletiaq..  ngeh2.. malam ni x exersice mulut la plk... hehehe..


  • Hubby.. huhuhuhu.. keja shift malam da... lama benor tu 2 minggu.. Adoyai..... tido bertemankan anak2.. huhuhu.. sob.. sob...


  • Nak masak malam2 buta nih... no..no.. i dont like.. rela i berlapar.. hehehe.. masalahnya perut pun still kenyang lagi.. xkan nak mengunyah kot.. adeh... yang benornya.. i ni malas sikit.. tadi pun bungkus jer... ngeh2..


  • Nak calling2 pun... hehehe.. biasala.. Ada ja suara yang tak diundang tu sibuk jer dok menjawab bagi pihak aku... " Ini adalah perkhidmatan hotlink anda.. sila tambah jumlah.. bla... bla.. " hehehe..


  • Hehehehe... Yang benornya... jom kita masuk tido dulu.... Hilang Boring... Muahahahahahaha... Jom... zzzz.. .Caucincau... Mimipikan yang indah2 & Jangan lupa baca Bismillah yer...  Assalamualaikummm....

Saturday, September 17, 2011

24 Peringatan Buat Wanita..

Nak share kat sini..
Blogwalking n terjumpa entry ni di blog Tentang Cinta.


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun)


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., "Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia."


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).



6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab, "Bukankah kamu dapat melihatnya."


7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.


11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa(kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s.a.w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."


17. "Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?" Jawab Nabi s.a.w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."


18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. "Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w.:


 i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan  dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.


ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)


iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)


iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)


v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:"


a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil


* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.



21. Asma' binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.


22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:"


a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.



23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:


a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana  bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.



24. Wajib bagi wanita:


a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

Wednesday, September 14, 2011

Novel Kasih Yang Suci..

Mai baca mai.. ..

NOVEL KASIH YANG SUCI



Dah berlapuk punya citer da... tapi nak share juga kat sini maklumla aku kan baru ja create my blog nih.. hehehe.. Tu yang rasa macam nak share macam2 tapi x dak idea nak menulis.. sob2..
Ingat lagi.. dulu ada citer Nora Elena kat tv3 tu.. mesti ingatkan tambah2 ada jejaka pujaan hatiku si Seth Tan tu.. muahaha..  Aku layan citer ni dari first episod sampai last episod .. x pernah miss.. lagipun aku dah pernah baca dia punya novel.. tu yang excited nak tau persamaan jalan citer dia tu.. Nampaknya kalau baca dari novel dgn drama.. rasanya novel lagi best kan.. kan... ada ummmppphhh... Rasanya novel tu menjadi salah satu koleksi kesayangan ku..

Novel yang membelai perasaan ini mampu membuatkan anda sayang untuk meninggalkan walau satu patah perkataan pun. Sepuluh tahun lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepasa sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri untuk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan mereka? Rahsia yang selama ini disimpan kemas, akhirnya terbongkar. Sebenarnya, Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?

Apakah kisah seterusnya? Apa yang harus dilakukan oleh Elena terhadap suaminya? Mampukah perkahwinan mereka bertahan?

Segala-galanya dalam Kasih Yang Suci.


Maila kita layan novel online kat sini ya.. kasih yang suci online .







Monday, September 12, 2011

Kena tindih / Sleep paralysis

* Ntahla aku pun pernah alami pengalaman mcm ni gak tapi masa zaman2 sekolah dulula.. Nak percaya ker idak ya?.. Bab2 hantu tindih ni kira pengalaman ngeri la jugak.. kan.. kan.. yala.. badan sume xleh gerak.. dlm hati ya Allah macam2 doa n surah yang aku baca.. takut beb..
Tadi ada aku terbaca entry ni.. so.. kita layanzzz jerla yer...

 
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara). . ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations( halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:




1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye.. ........ hehehe..

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah! !!!.....  Muahahaha..

Sunday, September 11, 2011

Aku ??


Assalamualaikum....


Tadaaaa... Nak citer sikit tentang diri aku.. Nama dalam IC aku Noralyani Bt Abdullah. Sedap x nama nih.. hehehe..  Nama ni mak aku admire sejak zaman sekolah lagi tau. Feeling2 nanti kalau dapat anak pompuan nak bagi nama nih.. muahaha.. Just call me Yanie tapi ada juga org panggil aku Nanie. Mana2 pun ok la.. Orangnya tetap sama. xdak beza pun.. Berumur.. hehehe.. jengjeng .. dah tua makcik ni.. Dah masuk angka tiga di depan tu kira dh tua la .. huhuhu..
  •  Dilahirkan Di Penang. Membesar pun di Penang. Berkahwin pun dengan orang Penang. Stay pun di Penang. Bekerja pun di penang jugak.. wahwah... Penang sejati aku nih.. nampak sangatla aku ni macam katak bawah tempurung. huhuhu.. tapi aku bukanla anak mami Penang tau. Dah jadi penang celup dah.. hahaha.. Berdarah campuran Melayu + cina + jawa + ada mamak2 sikit.. sebab tu la muka aku jadi cute macam lani.. kekeke... perasan da...


  • Bersyukur dilahirkan sebagai umat Nabi Muhammad swt.. Alhamdulillah.. Islam agamaku. Malaysia tumpah darahku.. Amin..




  • Aku ni bukanla seorang blogger tegar. Cuma terikut2 dengan adik aku yang rajin sangat menghapdet dia punya blog...  Senang cakap .. jeleous tgk blog dia.. hehehe.. Apa yang aku rasa nak tulis.. aku just tulis ja.. kalau malaih.. aku terjah menerjah blog orang jer.. ngeh2..


  • Already married dan mempunyai sepasang cahayamata.. Isteri kepada Azman Bin Abdulah.. Tgk samakan nama ayah aku dengan nama father in law aku ni.. ngeh2.. Laki bini anak pak dolah da.. hahaha.. kalau orang kata dua beradik percaya x?.. Dulu masa dalam kad kahwin kami meriah dengan nama Abdullah ni. Sebelah my hubby lagi best.. Ayah dengan Tokwan my hubby dua2 nama Abdullah.. Campur dengan nama pengantin lagi.. Berderet2 dengan nama Abdullah.. kekeke.. kebetulan kan.. jodoh katakan.. ngeh2..


  • Aku seorang yang happy go lucky.. boleh bercerita tentang apa saja.. kongsila apa saja cerita.. aku sedia mendengar .. sedih ker.. happy ker.. aku sanggup menjadi pendengar yang setia..


  • Seorang yang friendly.. tapi mula2 kenal kena la jual mahal sikit.. diam jer.. ceh.. nmpak sangat poyo.. Lakonan semua tu.. haha.. dah kenal.. barula muncul perangai aku yang sebenar tapi aku ni dikategorikan dalam orang yang baik2 la jugak.. kuakua.. yer ker?..  Tapi sebagai manusia aku juga x pernah lari dari kesilapan kan.. kan..


  • Anak sulung dalam 5 adik beradik perempuan.. Seorang kakak yang agak cerewet dan pot.. pet.. pot.. pet.. kuat berletiaq.. hehehe..  tapi boleh menjadi kakak yang baik untuk adik2 aku.. Tak percaya try tya adik2 aku.. dush2.. hehehe..


  • Seorang Pembaca novel tegar.. Amat cintakan novel tapi kalau suruh aku menulis memang bukan bidang aku.. Tak pandai langsung.. Tambah2 kalau novel yang sedikit mengganggu emosi.. tersentuh beb.. sob2..cepat sangat aku ni mengalirkan airmata.. dush2.. aku memang macam ni.. selalu emo.. huhuhu..


  •  Agak penakut... Kalau tengok citer hantu.. mau terjerit2.. padahal suspen jer lebih.. ngeh2..


  • Tak suka mencuba.. dalam erti kata lain takut nak mencuba sesuatu.. Contoh macam makanan la senang sikitkan.. Bagila apa saja makanan yang aku x makan dan aku xkan cuba pun.. ntah.. takut agaknya.. sedangkan makanan tu sedap.. rugi2.. tapi xpa.. akan aku kikiskan sedikit demi sedikit.. nak cuba jugak.. Linda.. U wait n see ya... muahahaha...


  • Tak boleh tengok umah aku bersepah.. mesti berdesing telinga orang yang dengar aku dok pot.. pet.. tu.. Penyakit aku ni dah terjangkit dengan adik bongsu aku.. pantang kotor sikit.. dengarla suara makcu Izzati tu.. Asyik pegang penyapu ja.. hehehe.. Tapi ok gak umah pun xdak la kotor sangat kan.. kan..


  • Bersyukur sangat dikurniakan suami dan anak - anak yang baik.. penyeri hidup aku.. Nak jadi anak yang sentiasa hormatkan orang tua.. Moga bahagia milik kami sekeluarga n untuk kawan2 semua jugak. Tak lupa dikurniakan kesihatan yang makin baik untuk kami.. Aminn...That's all...




Hehehe.. Inilah Aku.
 Lyanie Abdullah..

Saturday, September 10, 2011

Raya 2011.

Hehehe.. Raya dah masuk ari ke 10.. Baru ada masa nak taip entry horey2 ari raya.. muahaha..
Apa ek... ala xdak yg special pun.. Macam ari raya yang sebelum2 ni jugak .. tapi bestla Syawal kan ker setahun sekali... hehehe.. Tahun ni jugak aku x miss puasa ... oppss... aku x peknen tau.. hehehe


Raya tahun ni macam biasala.. raya first di umah mertua.. suasana tu simple2 ja tak macam raya disebelah family aku.. riuh rendah macam nak pecah umah dgn adik beradik aku.. padahal bukannya ramai sgt pun.. Kami 5 beradik ja..  hahaha.. tapi xpa..  beraya kat mana2 pun sama kan.. dua2 family kita.. happy2 kan diri. Menu hari raya aku tahun ni.. bihun tomyam.. first n second raya... kekeke.. rajinla sangat.. okla.. just untuk tetamu yang datang.. Tapi rata2 tetamu yang datang memuji keenakan tomyam aku.. siap suruh buka kedai lagi.. uih x sanggup den.. hahaha... Lagipun masak yang tu saja aku power pun... :) yang lain2 hampeh..
Kuih raya adala buat 4 jenis.. seumur hidup aku.. tahun nila tahun yang paling bersejarah bagi aku.. kekeke...tak pernah2 aku buat kuih raya sampai 4 jenis.. hehehe.. paling koman pun 2 jenis .. tu pun raya tahun lepas pya.. semua ni berjangkit dengan kawan2 di ofis la.. rajin bagi semangat n bagi resepi untuk aku try.. walaupun first2 buat xjadi.. tapi alah bisa tegal biasa.. menjadi akhirnya.. sedapp.. ngeh2... Kredit untuk kwn2 yang aku yang baik hati.. Thanks Linda, Kak Wati, Uma n Kak Ida.. Nanti kita buat bisness tut.. tut... sama2 ya... hehehe..


Opps... Rasanya x terlewat untuk aku ucapkan Minal Aidil Walfaizin.. Mohon Maaf zahir batin andai ada kekasaran n tersilap kata.. Aku cuma insan biasa .. x lekang dari kesilapan ya x..


Gambar x byk sgt pun... layan jer la.. ngeh2..




Anak- anak siap untuk kutip duit raya.. hehehe.. Taja, Danish n Cousin Ika,


Our New Niece.. Baby Damia with maktok, makcu, maklong n cousins.


Bersama adik aku yang ngek... Chenta Hati Paah.. hahaha

. HoReY.. Ari RayA 2011..





Tuesday, September 6, 2011

Aku nak Novel nih..


Masa bulan posa ritu.. jalan2 kat kedai buku popular.. sekali nampak novel ' 7 hari mencintaiku ' adehla... aku minat sangat dengan karya Siti Rosmizah nih.. Tak pernah aku miss beli novel dia.. Start dari ' Andai Itu Takdirnya' lagi. Best kalau kita baca karya2 Siti Rosmizah ni.. boleh feeling macam2.. sedih ada, happy ada, kekeluargaan sikit.. love story bagai n pendek kata semua ado.. hahaha.. Tambah2 yang tukang baca ni pulak jenis yang syahdu syahdan.. kalau x banjir bukan anak pak dolah la... hahaha..

Aku ni bab2 novel memang peminat setia.. Kalau kat umah mak.. banyak gila novel2 aku nih.. tupun ada yang dah hilang.. pinjam x reti nak bagi balik.. sedih.. sobsob.. xpala.. x dak rezeki nak buat koleksi. Dush.. dush..Nanti aku share ya novel2 aku semua tu..
hehehe...

Anyway.. Aku nak novel ni ' 7 hari mencintaiku '.. uwawa.. sekali tgk dia pya price.. RM32.90. Mahal tu.. Nak jugak.. nak jugak.. Kalau mintak hubby belikan.. erm agak2nya dia belikan x.. huhuhu.. apapun kita tunggu gaji nanti la okeh..